Friday, 9 March 2012

Anak derhaka.. buang saja ibu bapa anda.....

Suatu fenomena baru telah muncul. Negara kita telah dilanda satu petaka besar. Sesuatu yang tak diingini , dibenci oleh semua orang ,dikutuk dan dikeji oleh setiap lapisan masyarakat tetapi terus berlaku malah semakin galak berlaku.


Kes pembuangan bayi yang kian berleluasa



Bukan bayi sahaja malah ibu bapapun turut dibuang.

Seakan telah muncul satu trend , remaja sekarang dan masyarakat hari ini membuang apa sahaja apa yang membebankan dan menyusahkan hidup mereka. Kasih sayang kian terhakis. Tanggung jawab dipandang ringan.

Mengapa hal ini berlaku ? Kurang kasih sayang ibu bapakah ? Salah guru yang mengajarkah? Kurang didikan agamakah ?





Wajib mentaati ibu bapa ,kelebihan dan siksaan.........


Sebagai  individu  muslim kita  sentiasa berusaha meningkatkan  keimanan kita dengan pelbagai cara. Sedekah, derma, puasa sunat , malah pelbagai solat sunat dan hal-hal sunat lain yang telah kita lakukan .Semua itu semata-mata kerana ingin mendapatkan redha Ilahi.

Namun satu hal yang mungkin ada antara kita yang terlepas pandang, pahala dan keredhaan Allah amat hampir dengan kita. Perbuatan yang mampu mendatangkan pahala yang besar buat kita adalah dengan mentaati ibu bapa.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." – (Surah Al-Isra' ayat 23)

Menderhaka kepada kedua ibu bapa  adalah termasuk  dosa besar. Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW telah memberi ancaman kepada mereka yang sanggup menderhaka kepada ibu bapa. Mereka bakal berhadapan dengan seksaan yang berat dalam api neraka beserta laknat yang tidak berkesudahan daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda:
Semua dosa diakhirkan hukumannya sekehendak Allah SWT sehingga ke hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua orang tuanya, maka yang demikian diciptakan hukumannya bagi yang melakukannya”. (riwayat Al-Hakim)

Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair telah menyebutkan kata-kata Ka’ab bin Al-Ahbar tentang keburukan orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan kebaikan orang yang menjaga hubungan dengan ibu bapanya. Beliau menyatakan: “Sesungguhnya Allah SWT akan mempercepatkan kebinasaan dan kecelakaan seseorang apabila dia menderhakai kedua ibu bapanya, iaitu akan dipercepatkan seksaannya. Dan sesungguhnya Allah akan menambah umur seseorang, jika dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka dia akan memberikan perbelanjaan kepada keduanya, jika mereka berdua memerlukannya”.

Oleh kerana itu, marilah kita sama-sama menjaga ibu bapa kita sebaik mungkin. Jangan lokek menghubungi mereka selalu, bertanya khabar dan memberikan penjagaan penuh kepada mereka. Ambillah peluang berbakti kepada mereka sementara mereka masih hidup. Bagi mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa, teruskan mendoakan mereka supaya diampuni dosa dan dimasukkan dalam golongan orang yang soleh.


 Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan. Jadikanlah iktibar ........hebatnya lelaki ini, andai dia beragama islam tentulah syurga tempatnya.

2 comments :