Followers

Wednesday, 7 December 2011

Solat lagi ?


Solat.... solat....solat !
Asyik asyik solat, bosanlah !

Mungkin ini adalah antara rungutan yang sering didengar di kalangan kita. Solat merupakan satu ibadah yang perlu dilakukan setiap hari, 5 kali pulak tu.... pernahkah kita terfikir mengapa perlu solat ? Mengapa Allah wajibkan solat ? Bukankah islam itu mudah dan tidak memberatkan umatnya ? ..... jadi kenapa perlu solat pulak ? letihlah....tak sempatlah..... banyak kerjalah........

 Kata ustaz di sekolah " setiap perkara yang diwajibkan oleh Allah ada kebaikannya kepada diri, masyarakat dan ummah".

Kata doktor " lakukan senaman ,jaga pemakanan dan jangan terlalu banyak tidur , jika kamu ingin kekal sihat".

Kementerian Kesihatan Malaysia pula telah melancarkan kempen ‘Berjalan Untuk Sihat Sepanjang Hayat’

Senaman , berjalan adalah aktiviti pergerakan badan. Ini menunjukkan bahawa manusia perlu melakukan pergerakan jika ingin sihat. Senaman dan pergerakan dapat menguatkan tulang dan mencegah Osteoporosis,   tidur yang banyak dan amalan pemakanan adalah antara penyumbang kepada masalah tulang. Solat adalah ibadat yang banyak melibatkan pergerakkan, ini bererti solat merupakan penyumbang kepada kesihatan yang baik.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh, antaranya :

 
AKTIVITI OTOT - 

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Malah,  solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. 

ISYARAT OTAK - 

Menurut Ng Siew Chok , perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang, menurutnya lagi  hasil kajian yang dilakukannya  mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud  (tamakninah) sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Ketika itu  isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH 

Menurut Dr Fatimah Ibrahim , komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Satu kajian telah dijalankan dengan  menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat.Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian juga mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian, Orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu,  cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.


Rujukan :

Rahsia solat dari sudut kesihatan.