Wednesday, 7 December 2011

Solat lagi ?


Solat.... solat....solat !
Asyik asyik solat, bosanlah !

Mungkin ini adalah antara rungutan yang sering didengar di kalangan kita. Solat merupakan satu ibadah yang perlu dilakukan setiap hari, 5 kali pulak tu.... pernahkah kita terfikir mengapa perlu solat ? Mengapa Allah wajibkan solat ? Bukankah islam itu mudah dan tidak memberatkan umatnya ? ..... jadi kenapa perlu solat pulak ? letihlah....tak sempatlah..... banyak kerjalah........

 Kata ustaz di sekolah " setiap perkara yang diwajibkan oleh Allah ada kebaikannya kepada diri, masyarakat dan ummah".

Kata doktor " lakukan senaman ,jaga pemakanan dan jangan terlalu banyak tidur , jika kamu ingin kekal sihat".

Kementerian Kesihatan Malaysia pula telah melancarkan kempen ‘Berjalan Untuk Sihat Sepanjang Hayat’

Senaman , berjalan adalah aktiviti pergerakan badan. Ini menunjukkan bahawa manusia perlu melakukan pergerakan jika ingin sihat. Senaman dan pergerakan dapat menguatkan tulang dan mencegah Osteoporosis,   tidur yang banyak dan amalan pemakanan adalah antara penyumbang kepada masalah tulang. Solat adalah ibadat yang banyak melibatkan pergerakkan, ini bererti solat merupakan penyumbang kepada kesihatan yang baik.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh, antaranya :

 
AKTIVITI OTOT - 

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Malah,  solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. 

ISYARAT OTAK - 

Menurut Ng Siew Chok , perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang, menurutnya lagi  hasil kajian yang dilakukannya  mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud  (tamakninah) sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Ketika itu  isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH 

Menurut Dr Fatimah Ibrahim , komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Satu kajian telah dijalankan dengan  menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat.Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian juga mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian, Orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu,  cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.


Rujukan :

Rahsia solat dari sudut kesihatan.

Friday, 4 November 2011

Najis Mughallazah

Bagaimanakah cara menyucikan najis Mughallazah ?sila klik pada link di bawah ini :
tonton video
RPH untuk tajuk bersuci daripada najis- Pendidikan Islam tahun 4
------------------------------------------------------------------------------------
 Lihatlah anjing ini, comel dan manja.
Sejak beribu tahun dahulu sejarah telah membuktikan bahawa anjing adalah haiwan kesayangan manusia. Anjing adalah haiwan cerdik yang begitu setia kepada tuannya.
Walau bagaimanapun, umat islam tidak boleh bertindak memelihara anjing sesuka hati. Menurut pandangan Mazhab Shafie ,diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, menjaga keselamatan rumah, tanaman ,harta benda dan sebagainya.Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi atau menjadikan anjing sebagai haiwan kesayangan.  Menurut pandangan Yusuf al-Qardawi, memelihara anjing sebagai binatang kesayangan adalah haram.

Mengapakah umat Islam  diharamkan memelihara anjing sebagai binatang kesayangan ?
Kejamkah Allah kerana menetapkan hukum sedemikian ?


Marilah sama-sama kita perhatikan fakta berikut :
1) Dr. Al Isma'lawi Al-Muhajir mengatakan anjing dapat menularkan virus tocks characins, virus ini dapat mengakibatkan kaburnya penglihatan dan kebutaan pada manusia.
2) Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair.
3) Dr. Ian Royt menemui 180 sel telur ulat dalam satu gram bulunya, seperempat lainnya membawa 71 sel telur yang mengandung jentik-jentik kuman yang tumbuh berkembang, tiga di antaranya  boleh berkembang dan menjadi matang dengan hanya melekat pada kulit. Sel-sel telur ulat ini mampu menjadi panjang mencapai 1 mm. Data statistik di Amerika menunjukan bahwa terdapat 10 ribu orang yang terkena virus ulat tersebut, kebanyakan adalah anak-anak.

Mengapakah Islam mensyaratkan supaya bekas jilatan anjing dibersihkan dengan tanah ?
Apakah keistimewaan tanah ?

Tanah, menurut ilmu kedoktoran moden diketahui mengandung dua unsur yang dapat membunuh kuman-kuman, iaitu : tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman.

Betapa hebatnya ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah. Hukum dan cara membersihkan najis mughallazah ini telah diajar oleh Rasulullah  pada 1400 tahun lalu. Ketika tiada saintis yang mengkaji tentang kelebihan tanah !


Rujukan :

Bacaan lanjut mengenai Air liur anjing
Anjing


Jabatan Agama Islam Selangor
JAIS


Klik hier voor meer gratis plaatjes