1.0 PENDAHULUAN
Al-Quran adalah
kalam Allah ,yang disampaikan kepada nabi Muhammad dalam bentuk wahyu dengan
perantaraan Jibril. Tujuan utama penurunan Al-Quran adalah sebagai panduan,
petunjuk serta sebagai ikutan umat manusia sejagat. Kandungannya meliputi
segala urusan keduniaan berkaitan kehidupan manusia, merangkumi urusan
pentadbiran, akhlak, hukum hakam, ibadat dan sebagainya. Antara kandungannya
yang lain adalah tentang sejarah iaitu perkara yang telah berlaku, perkara yang
sedang dan akan berlaku. Ayat- ayat yang diturunkan pula meliputi tujuan umum
dan tujuan khusus. Ada antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan bagi
menghuraikan tentang sesuatu perkara, atau menjelaskan hukum-hakam atau untuk
menjawab soalan yang diajukan kepada nabi, Peristiwa yang berlaku di sebalik
penurunan sesuatu ayat dinamakan Asbabun nuzul. Pengetahuan mengenai asbabun
nuzul, memainkan peranan besar dalam menjelaskan atau menghurai kehendak ayat
yang dikaji.
2.0 KONSEP ASBABUN NUZUL.
Pengertian asbabun
nuzul dari sudut bahasa adalah sebab-sebab turunnya ayat al-Quran kepada nabi.
Dari segi istilah,
asbabun nuzul membawa maksud apa-apa peristiwa yang berlaku yang menyebabkan
penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat, atau pemberian jawapan terhadap
sebabnya, atau untuk menerangkan tentang hukumnya pada masa berlakunya peristiwa
itu atau sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah. Lalu
turunlah ayat bagi menjelaskan perkara tersebut.
Menurut Manna Khalil
al-Qattan dalam bukunya Mabaahits Fii ‘Uluumil Qur’an, Asbabun nuzul
adalah sesuatu yang kerananya AlQuran diturunkan untuk menerangkan status
(hukun)nya, pada masa hal itu terjadi, baik berupa peristiwa mahupun
pertanyaan.
Oleh itu asbabun
nuzul dapat diertikan sebagai sebab sebab turun ayat. Dan ‘sebab’ ini dapat
dilihat dalam bentuk peristiwa yang berlaku. Apabila ayat diturunkan sebagai
penjelasan atau penceritaan sempena berlakunya sesuatu peristiwa.maka peristiwa
tersebut dinamakan asbabun nuzul . Contohnya hadis riwayat alBukhari tentang
sahabat bernama Khabbab al-‘Arath katanya :
عن جباب بن الأرث رضى الله عنه قال : كنت
قيتا ( اي حدادا ) وكان لى على (العاص بن وائل) دين, فجئت أتقاضه ديني فقال لي :
لا أعطيك دينك حتى تكفر بمحمد وتعبد اللآت والعزي , فقلت : لا أكفر حتى يميتك الله
ثم يبعثك , فقال : إنى اذا لميت ثم مبعوث , فانتظرني الى ذلك اليوم فسأوتى مالا
وولدا فاوفيك دينك , فأنزل الله فيه قوله
Maksudnya : “ Aku adalah seorang qain
(tukang besi). Al-‘As Ibn Wa’il ada berhutang denganku, lalu aku pergi
kepadanya untuk menuntut hutangku itu,Lalu al-‘As berkata kepada ku : aku tidak
akan membayar hutangmu itu sehingga engkau kufur kepada Muhammad dan menyembah
al-lata dan ‘Uzza. Aku menjawab : aku tidak akan kufur sehingga Allah
mematikanmu kemudian membangkitkanmu. Lalu al-‘As bertanya : Aku akan mati dan
akan dibangkitkan ?. Aku akan tunggu hari tersebut yang mana aku akan detang
dengan harta dan anak, maka aku akan tunaikan hutang engkau. Lalu Allah
menurunkan ayat sebagaimana berikut :
أَفَرَءَيتَ الَّذى كَفَرَ بِـٔايٰتِنا
وَقالَ لَأوتَيَنَّ مالًا وَوَلَدًا ﴿٧٧﴾ َطَّلَعَ الغَيبَ أَمِ اتَّخَذَ
عِندَ الرَّحمٰنِ عَهدًا ﴿٧٨﴾ كَلّا ۚ سَنَكتُبُ ما يَقولُ وَنَمُدُّ لَهُ
مِنَ العَذابِ مَدًّا ﴿٧٩﴾ وَنَرِثُهُ ما يَقولُ وَيَأتينا فَردًا ﴿٨٠﴾
Yang bermaksud : “Maka tidakkah engkau
merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada
ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan
diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat? (77) Adakah ia telah
mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian
dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?(78) Tidak sekali-kali! Kami akan menulis
apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa,
berganda-ganda.(79) Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang
dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri.(80)”-
(S.Maryam:77-80)
Peristiwa yang berlaku kepada Khabbab
al-‘Arath ini disebut sebagai asbabun nuzul.
Bentuk asbabun nuzul
yang seterusnya adalah berbentuk pertanyaan , terdapat ayat yang diturunkan
dengan sebab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah yang meminta baginda
menyatakan hukum atau menerangkan sesuatu. Contoh yang berkaitan dengan hal ini
ialah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal katanya :
عن معاذ بن جبل رضى االه عنه أنه قال: يا
رسول الله, إن اليهود تغشانا ويكثرون تغشانا ,ويكثرون مسألتنا عن الأهلة فما بال الهلال يبدو دقيقا ثم يزيد حتي يشتوى
ويستدير ثم ينقض حتى يعود كما كان ؟
فأنزل الله الآيية
Yang bermaksud “ Sesungguhnya
seorang Yahudi telah menipu kami dan menambah masalah kami, dan bertanya
berkaitan dengan anak bulan. Kenapa anak bulan itu mula-mula kecil bentuknya
,kemudian semakin besar sehinggalah menjadi separuh ,kemudian menjadi purnama
dan kemudian kurang, mengecil balik hingga kedudukannya yang asal. Maka
Allah turunkan ayat al Quran sebagaimana firmannya :
يَسـَٔلونَكَ عَنِ الأَهِلَّةِ ۖ قُل هِىَ مَوٰقيتُ لِلنّاسِ وَالحَجِّ ۗ وَلَيسَ
البِرُّ بِأَن تَأتُوا البُيوتَ مِن ظُهورِها وَلٰكِنَّ البِرَّ مَنِ اتَّقىٰ ۗ
وَأتُوا البُيوتَ مِن أَبوٰبِها ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم
تُفلِحونَ ﴿١٨٩﴾ (البقرة: 189)
Maksudnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran)
anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan
waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah
perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu
berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan
masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya kamu berjaya.”
3.0 HIKMAH ASBABUN NUZUL
3.1 Membantu memahami
ayat Al-Quran
Ilmu tentang asbabun
nuzul mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap bidang pentafsiran Al
Quran. Hal ini kerana, pengetahuan mengenainya membantu seseorang memahami ayat
dengan lebih baik. Sahabat-sahabat nabi sendiri akan bertindak mendahulukan
pendapat sahabat mereka yang mengetahui sebab-sebab turunnya ayat, berbanding
pendapat sahabat yang tidak mengetahuinya.
Imam Al-Wahidi
dengan tegas menyatakan pendiriannya iaitu:
لَا يُمْكِنُ مَعْرِفَةُ تَفْسِيرِ
الآَيَةِ دُونَ الوُقُوف علي قصتها وبيان
نزولها
Maksudnya :” Tidak mungkin seseorang
mengetahui tafsir dari sesuatu ayat tanpa mengetahui kisahnya dan keterangan
sekitar turunnya ayat tersebut “
Imam Ibnul Daqiq
ai-Aid berkata bahawa penjelasan asbabun nuzul adalah jalan paling baik dalam
memahami makna-makna al- Quran.
Imam As-Syathibi
menyatakan bahawa mengetahui asbabun nuzul wajib bagi orang yang ingin
mengetahui ilmu alQuran.
Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah berkata bahawa mengetahui asbabun nuzul akan membantu untuk memahami
ayat Al-Quran, kerana ilmu tentang asbabun nuzul akan membawa kepada ilmu
musabab ( ayat al-Quran yang diturunkan berkaitan dengan sebab itu).
Ini bererti dengan mengetahui sebab sesuatu ayat diturunkan, akan membawa
kepada pengetahuan mengenai akibat. Contohnya firman Allah , surah Ali ‘imran
ayat 188
لا تَحسَبَنَّ الَّذينَ يَفرَحونَ بِما
أَتَوا وَيُحِبّونَ أَن يُحمَدوا بِما لَم يَفعَلوا فَلا تَحسَبَنَّهُم بِمَفازَةٍ
مِنَ العَذابِ ۖ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ﴿١٨٨﴾
Yang bermaksud : “Jangan sekali-kali
engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan
apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang
mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan
terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi
sakitnya.”
Berdasarkan ayat
ini, setip orang yang gembira dengan apa yang dikerjakannya dan suka dipuji
terhadap apa yang belum dikerjakannya akan disiksa, maka semua orang pasti
menerima azab.Isi kandungan ayat ini tidak dapat difahami sehingga Ibnu Abbas
r.a menjelaskan bahawa ayat itu diturunkan kepada kaum Yahudi ketika mereka
oleh nabi s.a.w tentang sesuatu tetapi mereka menyembunyikannya, dan
memberitahu perkra lain kepada Rasulullah dengan keadaan mereka memperlihatkan
telah memberitahu sesuatu kepada nabi dengan niat supaya mendapat pujian
daripada baginda. Hal ini memperlihatkan bahawa pengetahuan tentang asbabun
nuzul membantu kefahaman ayat dengan lebih jelas.
3.2 Mengetahui Pengkhususkan
Hukum
Terdapat asbabun
nuzul yang menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan, sebagaimana
firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 43 :
يأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا تَقرَبُوا
الصَّلوٰةَ وَأَنتُم سُكٰرىٰ حَتّىٰ تَعلَموا ما تَقولونَ وَلا جُنُبًا إِلّا
عابِرى سَبيلٍ حَتّىٰ تَغتَسِلوا ۚ وَإِن كُنتُم مَرضىٰ أَو عَلىٰ سَفَرٍ أَو جاءَ
أَحَدٌ مِنكُم مِنَ الغائِطِ أَو لٰمَستُمُ النِّساءَ فَلَم تَجِدوا ماءً فَتَيَمَّموا
صَعيدًا طَيِّبًا فَامسَحوا بِوُجوهِكُم وَأَيديكُم ۗ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَفُوًّا
غَفورًا ﴿٤٣﴾
Yang bermaksud :”
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid)
sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas
sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam
musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau
kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi
atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci,
iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Ayat ini diturunkan
disebabkan ada sahabat yang menunaikan solat dalam keadaan mabuk,menyebabkan
beliau tersilap ketika membaca surah al-Kafirun. Ayat ini diturunkan untuk
menjelaskan supaya jangan sembahyang dalam keadaan mabuk.
3.3 Mengetahui
Dengan Jelas Kepada Siapa Dan Apa Sebab Sebenar Turunnya Sesuatu Ayat.
Pengetahuan mengenai Asbabun nuzul membantu
mengetahui dengan jelas kepada siapa dan apa sebab sebenar turunnya sesuatu
ayat. Contohnya hadis riwayat Bukhari yang menceritakan tentang Aisyah r.a
menegur Marwan ketika ia menuduh saudaranya Abdul Rahman b. Abu Bakar dengan
berkata: Demi Allah bukan di yang berkaitan dengan ayat itu, jika aku hendak
aku boleh menyebutkan siapa dia dalam ayat 17 ,surah al Ahqaf :
وَالَّذِي قَالَ لِوَالِدَيْهِ أُفٍّ
لَّكُمَا أَتَعِدَانِنِي أَنْ أُخْرَجَ وَقَدْ خَلَتْ الْقُرُونُ مِن قَبْلِي
وَهُمَا يَسْتَغِيثَانِ اللَّهَ وَيْلَكَ آمِنْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
فَيَقُولُ مَا هَذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Yang
bermaksud : “ Dan (sebaliknya amatlah derhakanya)
orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya
beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu
menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal
berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil
mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah
(menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu):
"Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan
amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya):
"Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu
kala!"
3.4 Faedah
Mengetahui Sebagai Sanggahan Terhadap Dugaan Hashr (Batasan Tertentu)
Antara hikmah lain dalam mengetahui asbabun
nuzul adalah mengetahui sanggahan terhadap dugaan hashr( batasan tertentu)
iaitu menolak sangkaan yang tidak benar tentang sesuatu batasan hukum,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Syafi’i tentang firman Allah dalam
surah al-An’am ayat 145:
قُل لا أَجِدُ فى ما أوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلىٰ طاعِمٍ يَطعَمُهُ إِلّا أَن
يَكونَ مَيتَةً أَو دَمًا مَسفوحًا أَو لَحمَ خِنزيرٍ فَإِنَّهُ رِجسٌ أَو فِسقًا
أُهِلَّ لِغَيرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضطُرَّ غَيرَ باغٍ وَلا عادٍ فَإِنَّ
رَبَّكَ غَفورٌ رَحيمٌ﴿١٤٥﴾
Yang bermaksud :” Katakanlah (wahai
Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda
itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya
ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang
disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui
batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Dalam menjelaskan hal ini beliau
menyatakan bahawa prang-orang kafir ketika mengharamkan sesuatu yang dihalalkan
oleh Allah dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan oleh Allah serta mereka
terlalu berlebihan, maka turunlah ayat sebagai bantahan terhadap mereka. Dengan
demikian seolah-olah Allah berfirman” Yang halal hanya yang kamu anggap haram
dan yang haram itu yang kamu anggap halal”.
Imam Al Haramain berkata “ uslub ayat
tersebut amat indah. Kalau saja Imam Syafi’i tidak menyatakan pendapat
demikian,nescaya kami tidak akan dapat menarik kesimpulan perbedaan imam Malik
dalam hal hashr/ batasan yang diharamkan sebagai mana di sebut dalam ayat di
atas.
4.0 CARA
MENGETAHUI SEBAB NUZUL
Untuk mendapatkan pengetahuan tentang
asbabun nuzul ,tidak boleh dengan hanya bersandarkan pendapat atau akal fikiran
atau Bi al-ra’yi semata-mata. Sebaliknya perlulah disandarkan kepada riwayat
yang sahih dan mendengar serta menyaksikan sendiri ayat itu diturunkan ataupun
mereka mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji mengenainya. Mereka mestilah
terdiri dari kalangan sahabat, tabi’in dan mereka yang bertungkus lumus
mengkaji ilmu ini yang terdiri dari kalangan ulama yang dipercayai.
Al Wahidi berkata “
Tidak boleh berbicara sebab turunnya ayat-ayat al Quran, kecuali dengan
periwayatan yang dinukilkan dari mereka yang menyaksikan turunnya ayat,
mengetahui sebab-sebab turunnya dan meneliti ilmunya.
Untuk mengetahui
asbabun nuzul bukanlah perkara mudah, ia mestilah berdasarkan panduan dan
riwayat yang sahih. Ulama salaf dan ahli tafsir begitu teliti dan sangat
berhati-hati dalam masalah ini. Ulama biasanya mengetahui sebab turunnya
sesuatu ayat melalui riwayat para tabi’in atau melalui sahabar Rasulullah atau
melalui riwayat yang secara sah berasal daripada nabi. Dan riwayat-riwayat
tersebut bukanlah pendapat semata-mata , tetapi merupakan riwayat yang marfu’
yang bersandarkan kepada nabi, barulah riwayat tersebut diterima sebagai
riwayat yang sahih.
Berkaitan dengan
pentingnya riwayat-riwayat yang sah bersandarkan kepada nabi atau riwayat marfu’ itu adalah untuk diterima
sebagai hukum atau sah. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh al-Wahidi : “
Adalah tidak sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan asbab nuzul ,
kecuali dengan bersandarkan kepada riwayat yang sah ataupun dengan mendengar
sendiri secara langsung daripada mereka yang menyaksikan turunnya ayat,
mengetahui sebabnya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menelitinya.
5.0 UNGKAPAN ASBABUN
NUZUL
Dalam usaha untuk
mengetahui lebih mendalam tentang sebab
nuzul, perlu juga diketahui lafaz-lafaz atau ungkapan yang menerangkan asbabun
nuzul. Ungkapan tersebut dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu ungkapan yang
tegas dan ungkapan yang tidak tegas.
5.1 Ungkapan Yang Tegas
Atau Sighah Sharih Pada Sababiah.
Ungkapan atau sighah
sharih pada sababiah ini, adalah dalam bentuk pernyataan yang tegas mengenai
sebabnya. Jika seseorang periwayat itu mengungkap perkataan sebab, contohnya
perawi berkata sebab turun ayat ini adalah begini atau menyatakan ungkapan yang
menunjukkan urutan peristiwa, seperti menggunakan huruf fa al-ta’qibiah yang
bermaksug maka. Dan dirangkaikan dengan lafaz turunlah ayat ini. Contohnya :
Rasulullah telah ditanya sesuatu perkara, maka turunlah ayat ini.
Bentuk pernyataan
yang dinyatakan di atas adalah pernyataan yang jelas tentang sebab. Contoh
periwayatan yang menggunakan lafaz atau ungkapan ini dapat dilihat berdasarkan
hadis daripada Ibn Umar yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ibn Umar berkata “ Telah
diturunkan surah al Baqarah, ayat 223 : Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanamanmu. Ia telah diturunkan berkaitan dengan persoalan menyetubuhi isteri
dari arah belakang. “
Antara contoh lain
ialah mengenai riwayat yang menyatakan sebab turunnya ayat ini iaitu :
وَيَسـَٔلونَكَ عَنِ الرّوحِ ۖ قُلِ الرّوحُ مِن أَمرِ رَبّى وَما أوتيتُم مِنَ
العِلمِ إِلّا قَليلًا ﴿٨٥﴾
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan
ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Diriwayatkan oleh
imam Bukhari dari Ibn Mas’ud ia berkata,” aku berjalan bersama nabi s.a.w di
Madinah, suatu ketika nabi terlelap di hamparan rumput. Kemudian terdapat
sekumpulan orang-orang Yahudi melalui kawasan tersebut. Sebahagian di antara
mereka ada yang menyuruh salah seorang teman mereka bertanya kepada nabi
tentang roh. Kemudian baginda berdiri sejenak sambil mengangkat kepala dan aku
tahu baginda akan menerima wahyu.”
5.2 Ungkapan Yang Tidak
Tegas Atau Sighah Sharih Muhtamilah Lisababiah
Terdapat pernyataan
tentang sebab nuzul yang menggunakan ungkapan yang berbentuk kemungkinan
mengenainya, tidak dalam bentuk pernyataan yang jelas.Perawi tidak
mengungkapkan dengan jelas adanya sesuatu kejadian atau peristiwa di sebalik
penurunan ayat tersebut , mereka hanya mengemukakan satu riwayat dengan ungkapan
–ungkapan berikut:
- إن الآية نزلت"....
- نزلت الآية.... .
- نزلت هذه الآية
في....
- في إباحة كذا....
- ................... أو في منع كذا
....
Bentuk ini bermaksud ungkapan yang mana
kemungkinan atau boleh jadi menerangkan tentang sebab nuzul atau hanya sekadar
menjelaskan kandungan ayat.
6.0 PEMBAHAGIAN
PENURUNAN AYAT BERSEBAB
Ayat- ayat yang
mempunyai sebab nuzul ini dapat dikelaskan kepada :
- Satu ayat satu sebab
nuzul.
- Satu ayat beberapa
sebab nuzul
- Satu sebab nuzul
untuk banyak ayat.
6.1 Satu Ayat Satu Sebab
Nuzul
Ia membawa maksud
penurunan satu ayat untuk satu sebab nuzul. Hal ini berlaku pada sesetengah
ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan riwayat sebab nuzul yang
jelas, tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya dengan asbabun nuzul yang
lain.
6.2 Satu Ayat Untuk
Beberapa Sebab Nuzul
Ini bermaksud
terdapat beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat. Dalam hubungan inilah ayat-ayat al quran yang
ada sebab turunnya, didapati sebahagian daripadanya dikatakan turunnya
disebabkan lebih daripada satu sebab , Walaupun pada sesetengah keadaan sebab
yang diterima hanya satu sahaja. Bagi menyelesaikan masalah ini ulama akan
membuat pertimbangan dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
6.2.1
Apabila riwayat itu
banyak dan semuanya menegaskan tentang sebab nuzul, namun penilaian akan dibuat
berdasarkan sanad yang sahih, iaitu apabila didapati salah satu daripada dua
riwayat adalah nyata dan jelas sahih , dan satu riwayat lagi didapati jelas tidak
sahih atau tidak munasabah. Maka riwayat yang sahih itu akan diterima sebagai
sebab sebenar turunnya ayat.
6.2.2
Sekiranya kedua-dua
riwayat yang diterima adalah sahih, namun antara keduanya masih boleh
ditarjihkan disebabkan salah satu daripada keduanya lebih sahih atau disebabkan
perawi daripada salah satu riwayar tersebut telah melihat sendiri kejadian
tersebut, maka riwayat itulah yang seharusnya diterima sebagai asbabun nuzul
6.2.3
Sekiranya kedua-dua
riwayat adalah sahih dan antara keduanya tidak dapat ditarjihkan antara satu
sama lain, maka hendaklah diterima kedua-duanya sebagai sebab nuzul atas alasan
ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-duanya peristiwa dan dalam
tempoh waktu yang berhampiran,
6.2.4
Sekiranya kedua-dua
riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara
satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan jarak
dan tempoh waktu berlaku peristiwa antara keduanya yang jauh. Maka dalam
konteks ini kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan
berulang kali.
6.2.5
Apabila kedua-dua
riwayat atau ungkapan atau lafaz tidak tegas, Contohnya perawi berkata: ayat
ini diturunkan mengenai hal ini, atau perawi berkata : aku mengira ayat ini
diturunkan mengenai hal ini, maka dalam hal seperti ini , tidak ada sebarang
percanggahan di antara riwayat-riwayat tersebut. Kerana sebab atau maksud
riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan. Ia bukan menyatakan tentang sebab
nuzul, kecualilah jika terdapat qarinah
dalam salah satu riwayat tersebut yang membawa maksud penjelasan tentang
sebab nuzul.
6.2.6
Apabila salah satu
daripada ungkapan riwayat tersebut tidak tegas, contohnya perawi berkata : Ayat
ini diturunkan mengenai hal ini. Manakala perawi yang lain pula menyatakan
sebab nuzul dengan tegas.Maka yang menjadi pegangan adalah riwayat tang
menyatakan sebab nuzul yang tegas.
6.3
Satu Sebab Nuzul Untuk Banyak Ayat
Kadang kala terdapat satu kejadian yang
menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih, ulama menyebut situasi ini dengan
istilah turun beberapa wahyu dengan sebab yang satu. Ini menunjukkan
permasalahan itu penting.
7.0 CONTOH
AYAT YANG MENGANDUNGI ASBABUN NUZUL.
7.1 Surah
Al-Baqarah ayat 26-27
إِنَّ اللَّهَ لا يَستَحيۦ أَن يَضرِبَ مَثَلًا
ما بَعوضَةً فَما فَوقَها ۚ فَأَمَّا الَّذينَ ءامَنوا فَيَعلَمونَ أَنَّهُ
الحَقُّ مِن رَبِّهِم ۖ وَأَمَّا الَّذينَ كَفَروا فَيَقولونَ ماذا أَرادَ اللَّهُ
بِهٰذا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثيرًا وَيَهدى بِهِ كَثيرًا ۚ وَما يُضِلُّ بِهِ
إِلَّا الفٰسِقينَ ﴿٢٦﴾ الَّذينَ يَنقُضونَ عَهدَ اللَّهِ مِن بَعدِ ميثٰقِهِ
وَيَقطَعونَ ما أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يوصَلَ وَيُفسِدونَ فِى الأَرضِ ۚ
أُولٰئِكَ هُمُ الخٰسِرونَ ﴿٢٧﴾
Yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah
tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu
yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau
orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu
benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan
berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?"
(Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan
itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan
Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan
orang-orang yang fasik; (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli)
perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh
Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di
muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.”
Ibnu Mas’ud berkata, ketika Allah s.w.t
membuat dua perumpamaan bagi sifat dan keadaan orang munafik, sebagaimana yang
disebut dalam kata-Nya iaitu pada ayat 17 hingga19 surah al Baqarah.
Perbandingan hal mereka( golongan munafik) sama seperti orang yang menyalakan api.Apabila
api itu menerangi sekelilingnya, tiba-tiba Allah menghilangkan cahaya yang
menerangi mereka, dan dibiarkannya dalam gelap gelita, tidak dapat melihat
sesuatupun.
Mereka seolah-olah orang yang pekak,bisu
dan buta ; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
Atau perumpamaannya seperti orang yang ditimpa hujan lebat dari langit, bersama
dengan gelap gelita, dengan guruh dan kilat, merekamenyumbat jari ke telinga
masing-masing kerana mereka takut mati.
Mustahil mereka boleh terlepas, sedang
pengetahuan dan kekuasaan Allah meliputi orang-orang yang kafir itu,orang
munafik berkata” sesungguhnya Allah maha tinggi dan maha mulia untuk membuat
perumpamaan seperti itu, lalu Allah menurunkan ayat 26 dan 27 surah al-Baqarah.
As-Sayuti berkata “ laporan ini adalah
laporan yang paling sahih daripada laporan lainnya dari segi sanad dan lebih
sesuai matannya atau lebih tepat makna ayat tersebut”.
Qatadah berkata, ketika Allah menyebut
mengenai al ankabut( sarang labah-labah) dan az-Zubab(lalat) dalam al-Quran,
orang musyrik berkata “ mengapa al-ankabut dan az-zubab perlu disebut?” Lalu
Allah menurunkan ayat:
إِنَّ اللَّهَ لا يَستَحيۦ أَن يَضرِبَ مَثَلًا
ما بَعوضَةً فَما فَوقَها ۚ
Yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah
tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu
yang lebih daripadanya”
Ibnu Jarir berkata, laporan paling sahih
dan mendekati kebenaran mengenai sebab turunnya ayat ini adalah apa yang kami
sebutkan iaptu laporan daripada Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas.
7.2 Surah
Ali Imran, ayat 77
إِنَّ الَّذينَ يَشتَرونَ بِعَهدِ اللَّهِ وَأَيمٰنِهِم ثَمَنًا قَليلًا أُولٰئِكَ
لا خَلٰقَ لَهُم فِى الءاخِرَةِ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلا يَنظُرُ إِلَيهِم
يَومَ القِيٰمَةِ وَلا يُزَكّيهِم وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ ﴿٧٧﴾
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang
yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan
mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada
hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan
memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka
(dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.”
Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda,” barang siapa yang bersumpah bagi mendapatkan harta seseorang
dengannya, sedangkan dia berbuat kejahatan, nescaya dia akan bertemu dengan
Allah dalam keadaan Dia murka kepadanya,”Lalu Allah menurunkan ayat ini (ayat 77 surah Ali Imran).
Lalu al-‘Asy’ath bin Qais datang dan
berkata, “ perkara yang diceritakan oleh Abu Abdul Rahman kepada kalian adalah
ayat yang turun berkenaan denganku, di mana aku memiliki perigi di kawasan
tanah milik anak bapa saudaraku. Dia berkata mana saksimu”? aku berkata “aku
tidak mempunyai saksi”, Dia berkata “ sekiranya begitu, engkau bersumpah”. Aku
berkata “ Wahai Rasulullah, sekiranya begitu dia juga mesti bersumpah” Kemudian
Rasulullah mengucapkan hadis di atas, maka Allah menurunkan wahyu yang menjadi
pembenar ucapannya.
Abdullah bin Abi Aufa berkata ;”
Sesungguhnya seorang lelaki menghamparkan jualannya di pasar, lalu dia
bersumpah yang dia memberikan barang dagangannya kepada seorang yang tidak
pernah dia berikan , dengan tujuan supaya membolehkannya menyakiti seseorang daripada
kaum muslimin dengan barang tersebut, maka turunlah ayat di atas.”
Syeikh Muqbil menyatakan kedua-dua sebab
turunnya ayat di atas tidak saling bertentangan dan kemungkinan kedua-dua sebab
di atas adalah untuk ayat 77 tersebut, apatah lagi lafaz ayat lebih umum dari
peristiwa.
7.3 Surah
An-Nisa’ ayat 176
يَستَفتونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفتيكُم فِى الكَلٰلَةِ ۚ إِنِ امرُؤٌا۟ هَلَكَ لَيسَ
لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُختٌ فَلَها نِصفُ ما تَرَكَ ۚ وَهُوَ يَرِثُها إِن لَم يَكُن
لَها وَلَدٌ ۚ فَإِن كانَتَا اثنَتَينِ فَلَهُمَا الثُّلُثانِ مِمّا تَرَكَ ۚ
وَإِن كانوا إِخوَةً رِجالًا وَنِساءً فَلِلذَّكَرِ مِثلُ حَظِّ الأُنثَيَينِ ۗ
يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُم أَن تَضِلّوا ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ
عَليمٌ ﴿١٧٦﴾
Maksudnya :” Mereka (orang-orang Islam
umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah).
Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah
itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai
seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi
(semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai
anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua
pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka
(saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang
lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum
ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.”
Jabir bin Abdillah berkata “ aku dalam
keadaan sakit, lalu Rasulullah dan Abu Bakar mendatangiku. Keduanya
mengunjungiku sambil berjalan. Lalu aku pengsan.Maka beliau berwuduk dan
menyiramkan air wuduknya kepadaku, akupun tersedar dan berkata “Wahai
Rasulullah, bagaimana aku memutuskan perkara dalam hartaku?” Maka beliau tidak
menjawab sedikitpun sehingga turun ayat mirath (waris)( Surah An-Nisa’ ayat
176)
7.4 Surah
Al-Maidah ayat 87-88
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا تُحَرِّموا طَيِّبٰتِ ما أَحَلَّ اللَّهُ لَكُم
وَلا تَعتَدوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُعتَدينَ ﴿٨٧﴾ وَكُلوا مِمّا
رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلٰلًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى أَنتُم بِهِ
مُؤمِنونَ﴿٨٨﴾
Maksudnya :’ Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah
dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa
yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang melampaui batas.Dan makanlah dari rezeki yang telah
diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik,
dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.”
Ibnu Abbas mengatakan seorang lelaki
datang berjumpa nabi lalu berkata “Wahai Rasulullah, apabila aku makan daging
aku cenderung kepada wanita dan syahwatku, oleh sebab itu aku mengharamkan
daging ke atas diriku”. Maka Allah menurunkan ayat ini.
Abu Qilabah berkata, beberapa orang dari
sahabat Nabi mahu meninggalkan dunia dengan menjauhkan perempuan dan hanya mahu
beribadah.Lalu Rasulullah bangkit dan mengatakan keoada mereka dengan perkataan
yang keras,” Sesungguhnya kemusnahan umat sebelum kamu lantaran terlalu
mengada-ngada dalam beribadah dalam diri mereka, lalu Allah menetapkan hukuman
yang keras kepada mereka.
Mereka yang tinggal di rumah-runah dan
gereja-gereja mereka. Oleh itu beribadahlah kamu kepada Allah dan jangan kamu
mensyirikkannya dengan sesuatu, berhajilah kamu , berumrahlah kamu dan tunaikanlah syariatnya.Pasti dia akan
menunjukkan kamu jalan yang lurus dan membetulkanmu. Abu Qilabah berkata “lalu
turun ayat di atas berkenaan mereka.
7.5 Surah
Ad-Dukhan ayat 43-49
إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقّومِ﴿٤٣﴾ طَعامُ
الأَثيمِ﴿٤٤﴾ كَالمُهلِ يَغلى فِى البُطونِ ﴿٤٥﴾
كَغَلىِ الحَميمِ ﴿٤٦﴾خُذوهُ فَاعتِلوهُ
إِلىٰ سَواءِ الجَحيمِ ﴿٤٧﴾ ثُمَّ صُبّوا فَوقَ رَأسِهِ مِن عَذابِ
الحَميمِ ﴿٤٨﴾ ذُق إِنَّكَ أَنتَ العَزيزُ الكَريمُ ﴿٤٩﴾
Maksudnya :” (Ingatlah), sesungguhnya pokok
Zaqqum,(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam
neraka).(Makanan ini pula panas)seperti tembaga cair, mendidih dalam
perut.Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.Lalu diperintahkan
kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan
seretlah dia ke tengah-tengah neraka."Kemudian curahkanlah di atas
kepalanya - azab seksa dari air panas yang menggelegak"Serta dikatakan
kepadanya (secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah
orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)”
Ibnu Abbas mengatakan ketika Rasulullah
s.a.w pokok al-Zaqqum, untuk menakut-nakutkan orang Quraisy, Abu Jahal berkata:
“ Wahai orang quraisy, adakah kamu tahu apa itu pokok Zaqqum?” Mereka menjawab:”tidak
tahu”.Dia berkata:”Orang-orang Madinah menamakannya dengan keju,demi Allah,
sekiranya kita memperolehnya,kita akan merasanya dengan sepuas-puasnya. Lalu
turunlah ayat :
إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقّومِ
“(Ingatlah), sesungguhnya itulah pokok
Zaqqum”
Ibnu Abbas berkata:”Pada suatu hari,Abu
Jahal lalu di hadapan Rasulullah ketika beliau sedang berehat.Ketika
melewatinya Rasulullah membacakan ayat :
أَوْلَى لَكَ فَأَوْلَى(34) ثُمَّ أَوْلَى لَكَ
فَأَوْلَى(35)
Yang
bermaksud : “(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat
kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak
bagimu, lebih layak.”
Lalu abu Jahal berkata :”Kepada siapa
engkau beri ancaman?” Beliau berkata lagi:”Dengan apa engkau memberikan
ancaman?”Baginda menjawab:”Aku mengancammu dengan tuhan yang maha perkasa lagi
maha mulia”.Abu Jahal berkata:”Bukankah aku orang yang perkasa dan orang yang
mulia?” Lalu Allah menurunkan ayat di atas.
7.6 Surah
Al –Ahqaf ayat 10
قُل أَرَءَيتُم إِن كانَ مِن عِندِ اللَّهِ
وَكَفَرتُم بِهِ وَشَهِدَ شاهِدٌ مِن بَنى إِسرٰءيلَ عَلىٰ مِثلِهِ فَـٔامَنَ
وَاستَكبَرتُم ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ ﴿١٠﴾
Yang bermaksud: Katakanlah lagi:
"Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan
kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi
keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini, lalu ia percayakan
(Al-Quran ini dari Allah), sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya?
(Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah tidak
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam
kekufurannya)".